top of page
Writer's pictureIsmail Samsuddin

Wayang kulit robotik ganti 'tok dalang'


Wayang Kulit Animatronik dipamerkan di Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah, USM gunakan kuasa motor bagi menggerakkan watak. - Foto/Zuhainy Zulkiffli


Sejak zaman-berzaman wayang kulit dimainkan oleh seorang tok dalang, sekumpulan pemuzik, kru dan sebagainya bagi melengkapkan seni persembahan untuk menghiburkan penonton dengan pelbagai cerita rakyat. Tok dalang juga memainkan wayang kulit di balik kelir, iaitu layar diperbuat daripada kain putih, sambil diiringi muzik gamelan sekali gus mempamerkan bagaimana uniknya cara tradisional yang penuh warna-warni.


Mencipta kelainan, kini persembahan wayang kulit beralih kepada penggunaan teknologi robotik, sekali gus yang pertama seumpamanya diperkenalkan di negara ini. Ternyata ia pemikiran di luar kotak. Kreativiti anak muda dari Alumni Pusat Pengajian Seni, Universiti Sains Malaysia (USM), Ahnaf Hakimi Ahmad, 33, tampil dengan idea dan inovasi baharu yang mengujakan. Ini adalah projek khusus persembahan wayang kulit dengan gabungan teknologi robotik bersama seni persembahan wayang kulit yang kali pertama dihasilkan.


Ahnaf Hakimi bersama rakan lain bagi membangunkan wayang kulit animatronik (WKA), yang kaedah persembahan sama seperti wayang kulit tradisional.

Ahnaf Hakimi menunjukkan bagaimana menggerakkan watak WKA yang dicipta hasil gabungan robotik dan sistem kawalan automatik. Foto/Zuhainy Zulkiffli



"Yang membezakannya, wayang kulit animatronik ini dikendalikan sepenuhnya oleh kaedah robotik tanpa perlu membabitkan kehadiran fizikal pemain wayang kulit termasuk tok dalang, pemuzik, kru dan sebagainya. "Wayang kulit bukan persembahan yang mudah bagi ditonton pada masa ini," katanya. Justeru, bimbang seni itu hilang ditelan zaman, Ahnaf Hakimi yang juga graduan ijazah sarjana muda Seni Halus dan Sarjana Instruksi Multimedia itu berkata, idea bagi menghasilkan wayang kulit berkenaan tercetus apabila terdapat kurangnya persembahan wayang kulit pada masa kini.


Ujarnya, dalam menjayakan satu-satu persembahan wayang kulit, modal kewangan diperlukan bagi kos termasuk bayaran upah kepada Tok Dalang, pemuzik, krew dan individu lain yang terbabit."Saya berpendapat selain berinovasi, WKA juga dapat menjadi satu medium ke arah mengurangkan kos persembahan, yang menjadi faktor kurangnya pertunjukan wayang kulit tradisional pada masa ini. "Jika kos dapat dikurangkan, persembahan wayang kulit dapat dilakukan secara lebih kerap," katanya yang mempunyai kemahiran dalam bidang multimedia dan robotik. kredit: Berita harian

JAZRO komited bantu anak anda seawal di tadika untuk terokai kemahiran 'coding' & robotik. Cikgu-cikgu & ibu ayah ingin anak-anak belajar coding? sesi ini eksklusif untuk anak anda, Click link di bawah untuk maklumat lanjut:




19 views0 comments

Comments


bottom of page