Assalamualaikum & Salam sejahtera diucapkan kepada semua. Semoga kekal sihat dan ceria. Syukur ke hadrat Ilahi, kerana kita masih diberi kesempatan untuk bersama dengan keluarga tercinta. Pejam celik, kita sudah berada di bulan Mac bagi tahun 2022. Kami dari JAZRO Robotic Academy telah merancang pelbagai aktiviti dan program untuk pelajar dan anak muda untuk mempelajari asas ilmu robotik. Fokus program kami adalah lebih kepada pembangunan pendidikan dalam bidang STEM, Robotik dan Inovasi.
Entry kali ini adalah mengenai program yang kami anjurkan iaitu ‘VIRTUAL ROBOTIC CAMP SESSION 1 (7 - 10 Mac)’ berlangsung secara maya. Kami mengadakan program ini di mana kami memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai cara untuk mengenali dan mempelajari pengaturcaraan dan robot. Kami membawakan beberapa perubahan untuk memberi peluang kepada lebih ramai pelajar untuk mempelajari ilmu pendidikan STEM, Robotik dan Inovasi. Semua pelajar boleh menyertai pertandingan ini & terbuka kepada mereka yang berumur 7 hingga 16 tahun.
Di samping itu, kami juga membantu para pelajar untuk mengenali dan mempelajari cara menggunakan perisian mBlock iaitu perisian pengaturcaraan ‘STEAM’ yang direka untuk pengaturcaraan bagi kanak-kanak. Ia dibangunkan berdasarkan Scratch 3.0 dan juga kod Arduino. Ia menyokong bahasa pengaturcaraan berasaskan blok dan teks. Kami mengajarkan pelajar kami dengan cara membina permainan. Dalam modul ini, kami memberi tunjuk ajar kepada pelajar asas pengaturcaraan mBlock dan cara membina sebuah permainan sendiri.
Di akhir sesi pembelajaran, pelajar akan menjawab satu kuiz interaktif untuk menguji kefahaman mengenai pelajaran yang telah mereka pelajari sepanjang ‘VIRTUAL ROBOTIC CAMP’ ini berlangsung. Setelah selesai kuiz interaktif tersebut, pelajar turut dapat menyemak dan mengetahui jawapan yang betul bersama tutor. Pelajar akan dinilai berdasarkan markah kuiz interaktif dan pelajar yang mendapat markah tertinggi akan dianugerahkan sebagai pelajar terbaik bagi program VRC sesi 1.
Tahniah diucapkan kepada semua pelajar kerana berjaya menghadiri ‘VIRTUAL ROBOTIC CAMP’ sesi 1. Semua peserta yang menyertai program ini diberikan sijil penyertaan. Semoga dengan program ini, semoga dapat membantu dalam pembangunan tahap pendidikan STEM, Robotik dan Inovasi. Terima kasih semoga kita berjumpa lagi pada program yang akan datang.
Comments