top of page
jazroteam

VIRTUAL CODING WORKSHOP



Assalamualaikum dan Salam sejahtera diucapkan kepada semua. Semoga anda kekal sihat dan ceria. Syukur ke hadirat Ilahi, kerana kita masih lagi dapat bersama dengan keluarga tercinta. Sekejap sahaja bulan Mac telah meninggalkan kita, JAZRO Robotic Academy telah merancang pelbagai aktiviti dan program untuk pelajar dan anak muda untuk mempelajari asas ilmu robotic yang sesuai dengan peredaran masa pada masa kini iaitu industri revolusi 4.0. Program kami memfokuskan kepada pembangunan pendidikan STEM, Robotik dan Inovasi.

Program kali ini adalah mengenai program JAZRO VCODE CLASS berlangsung secara dalam talian pada 27 MARCH 2022 (Sabtu). Program ini diadakan untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai cara untuk mengenali dan mempelajari pengaturcaraan untuk mengatur pergerakkan sesuatu objek. Kami membawa beberapa perubahan untuk memberi peluang kepada lebih ramai pelajar untuk mempelajari ilmu pendidikan STEM, Robotik dan Inovasi. Semua pelajar boleh menyertai kelas ini kerana ia terbuka kepada pelajar yang berumur 7 - 17 tahun.



Selain itu, kami juga membantu para pelajar untuk mengenali dan mempelajari modul pengenalan kepada virtual robotic dan coding learning. Pelajar yang mengikuti program ini akan mempelajari ilmu pengaturcaraan ataupun dikenali sebagai ilmu coding. Dalam modul ini, kami memberi tunjuk ajar kepada para pelajar asas pengaturcaraan untuk mengatur pergerakkan avatar pelajar.


Dalam program ini juga, kami menyediakan modul pengaturcaraan melalui permainan video Minecraft. Pelajar akan mengatur dan merancang sehingga dapat menyelesaikan misi untuk melepasi beberapa halangan yang telah ditetapkan. Program ini sangat membantu para pelajar dalam memberi pendedahan dunia teknologi pada masa kini sesuai dengan peredaran masa kini.


Tahniah diucapkan kepada semua pelajar kerana berjaya menghadiri program JAZRO VIRTUAL CODING CLASS. Semoga dengan program ini dapat membantu dalam pembangunan tahap pendidikan STEM, Robotik dan Inovasi. Terima kasih semoga kita berjumpa lagi pada program yang akan datang.


12 views0 comments

Comments


bottom of page