Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Semoga terus sihat dan ceria. Syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita masih boleh menghirup udara di samping keluarga tercinta.
Entry kali ini adalah mengenai program 'VEX VR simulation' yang diadakan secara virtual. Program ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada para peserta tentang asas pengaturcaraan dan robotik menggunakan VEX VR simulasi.
Apa yang menariknya, selain aktiviti mempelajari ilmu pengaturcaraan, program ini juga memberi pendedahan kepada para peserta bagaimana untuk membuat coding dengan kaedah yang menarik.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta kerana berjaya menghadiri program 'VEX VR simulation'. Semoga dengan program ini, dapat membantu dalam pembangunan tahap pendidikan STEM, Robotik & Inovasi. Terima kasih, semoga kita berjumpa lagi pada program yang akan datang.
Comments