top of page

Tesla ambil pelajar kejuruteraan Malaysia sebagai Pengajar Robotik

Writer's picture: Ismail SamsuddinIsmail Samsuddin

Updated: Oct 6, 2021



Seorang rakyat Malaysia, Fakhirah Khairuddin, bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Putra (Ulul Albab), telah diterima bekerja di Tesla, Amerika Syarikat. Dia kini bertugas sebagai pengajar Latihan Teknikal Jurutera Robotik, bertempat di Fremont, California, AS.


Penghasil kereta elektrik dengan pemanduan autonomi tercanggih ini dipilih sebagai syarikat no 1 paling menarik untuk bekerja oleh pelajar jurutera di AS. Terpilih sebagai pekerja di syarikat yang paling disukai ramai bukanlah mudah, ternyata Fakhirah memiliki kelayakan yang hebat.



Selepas menamatkan pembelajaran di MRSM, Fakhirah melanjutkan pelajaran di Universiti California, San Diego dan mendapat ijazah sarjana muda Kejuruteraan Aeroangkasa dan Mekanikal pada tahun 2019. Seterusnya dia mendapat ijazah Sarjana Kejuruteraan Aeroangkasa dan Mekanikal di universiti yang sama.


Menurut profilnya di LinkedIn, Fakhirah memiliki kepakaran dalam Reka Bentuk Bantuan Komputer (CAD), Pemodelan dan Analisis Elemen Terhingga, reka bentuk sistem elektro-mekanikal dan pemilihan bahan untuk aplikasi kejuruteraan. Dia juga mahir sepenuhnya dalam Solidworks, Ansys Workbench dan Abaqus, Matlab, NI Labview dan Python.


Sebelum menyertai Tesla, Fakhirah telah bertugas sebagai Jurutera pembangun pendorongan di universitinya dan menulis kod Matlab untuk mengkaji pengaliran haba enjin roket. Pada tahun 2019, projek “CopyPasta” beliau memenangi tempat pertama dalam “Northrop Grumman System Engineering Challenge”. Sebagai pelajar Sarjana, dia juga menjalankan kajian pembangunan Projek Hexacopter.


Sebagai pengajar latihan teknikal di Tesla, Fakhirah mengajar FANUC dan robot Kuka kepada jurutera dan juruteknik. [Sumber: Facebook]




Apa perasaan ibu ayah jika anak-anak dapat kembangkan bakat mereka dalam bidang automasi & robotik? Jazro komited bantu anak tuan puan mahir dalam industri robotik dan pengaturcaraan. Click link dibawah untuk ketahui program JAZRO


 
 
 

コメント


CONTACT US

Jazro Hotline Number: +6018-5778242

JAZRO TECHNOLOGY ROBOTICS SDN BHD
(SSM NUMBER: 1385569-H)

Aras 1, Lot 36, Bandar Seri Kerteh,
24300, Kemaman, Terengganu, MALAYSIA.

Newsletter Signup

Join the JAZRO Community and stay updated with our latest news!

fb-06.png
socmed
ig-06.png

© 2025 JAZRO™ Copyright. All Rights Reserved.

bottom of page