top of page

Robotic Outreach Program SMK Seri Rasau

Writer's picture: Ismail SamsuddinIsmail Samsuddin

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Semoga terus sihat dan ceria. Syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita masih boleh bersama-sama dengan keluarga tercinta.


Entry kali ini adalah mengenai Robotic Outreach Program yang diadakan di SMK Seri Rasau. Program ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar tentang cara mengenali dan mempelajari robot Mbot.


Program ini dijalankan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar tentang asas pengaturcaraan bagaimana untuk mengawal dan menguasai robot. Apa yang menariknya, selain aktiviti mempelajari ilmu pengaturcaraan robot Mbot, program ini juga memberi pendedahan kepada para pelajar bagaimana untuk memasang kereta solar dan aktiviti Robosoccer dengan mengawal robot menggunakan Bluetooth Controller yang disediakan.


Tahniah diucapkan kepada semua pelajar kerana berjaya menghadiri Robotic Outreach Program. Semoga dengan program ini, dapat membantu dalam pembangunan tahap pendidikan STEM, Robotik & Inovasi. Terima kasih, semoga kita berjumpa lagi pada program yang akan datang.



 
 
 

Comments


CONTACT US

Jazro Hotline Number: +6018-5778242

JAZRO TECHNOLOGY ROBOTICS SDN BHD
(SSM NUMBER: 1385569-H)

Aras 1, Lot 36, Bandar Seri Kerteh,
24300, Kemaman, Terengganu, MALAYSIA.

Newsletter Signup

Join the JAZRO Community and stay updated with our latest news!

fb-06.png
socmed
ig-06.png

© 2025 JAZRO™ Copyright. All Rights Reserved.

bottom of page