Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada anda semua. Semoga kita dalam keadaan yang sihat dan penuh bersemangat untuk menempuhi hari yang mendatang. Dalam bulan mei kali ini, JAZRO Robotic Academy telah mengadakan pelbagai aktiviti dan program untuk para pelajar mempelajari dalam ilmu pendidikan STEM, Robotik, dan Inovasi.
Program kali ini adalah Pengenalan dan Pengendalian Arduino bersama UPM. Program ini dikendalikan oleh UPM di mana terdapat pelajar yang terpilih oleh UPM untuk menyertai manakala JAZRO Robotic Academy merupakan penganjur program ini. Ianya berlangsung pada 15 MEI 2022 (Sabtu). Peserta program ini didedahkan dengan fungsi dan sesi praktikal asas pemasangan litar dan pengaturcaraan mikropengawal Arduino.
Antara silibus yang terdapat dalam program ini termasuklah sesi pemasangan Arduino Uno, Pengenalan simulasi Tinkercad, Pengenalan basis litar elektrik (penyambungan komponen dan terminal), membua pengaturcaraan (block programming), dan Inovasi Sistem Automatik. Setiap silibus dibentangkan menggunakan media digital atau aplikasi interaktif.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang menyertai program sesi praktikal arduino. Terima kasih kepada UPM yang bekerjasama dengan JAZRO dalam menjayakan program ini. Semoga ia dapat membantu pembangunan pendidikan STEM, Robotik, dan Inovasi serta memupuk minat pelajar dalam menceburi bidang tersebut. Terima kasih sekali lagi dan semoga kita berjumpa lagi dalam program akan datang.
Comments