Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada anda semua. Alhamdulillah kita telah berada pada tahun 2022 setelah pelbagai cabaran yang telah dihadapi. Kami dari JAZRO ROBOTIC telah merancang pelbagai aktiviti dan program untuk pelajar untuk mempelajari asas ilmu robotik. Program yang memfokuskan kepada pembangunan pendidikan STEM, Robotik dan Inovasi.
Program kali ini adalah mengenai program JAZRO PHYSICAL MINI CLASS yang diadakan secara aktiviti kelas fizikal. Program ini berlangsung pada 14 MAC 2022 (Isnin) sehingga 17 MAC 2022 (Khamis) iaitu selama 4 hari. kami mengadakan program ini, untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar mempelajari ilmu pengaturcaraan dengan menggunakan microbit.
Selain itu, kami juga membantu para pelajar untuk mengenali dan mempelajari modul microbit iaitu perkakas elektronik untuk membuat pengaturcaraan asas untuk mempelajari ilmu pengaturcaraan. Selain itu, alat ini mempunyai paparan lampu LED, butang, penderia dan input/output yang, apabila diprogramkan, ia akan berinteraksi dengan anda.
Dalam program ini, kami sediakan modul pengaturcaraan microbit iaitu modul pengaturcaraan dan menguji perubahan dan dapat berfungsi sepenuhnya sehingga dapat menyelesaikan misi yang diberikan. Program ini sangat membantu para pelajar untuk memberi pendedahan dunia teknologi pada masa kini sesuai dengan revolusi pada masa kini iaitu IR 4.0.
Tahniah diucapkan kepada semua pelajar kerana berjaya menghadiri program ini dan mendapat sijil penyertaan JAZRO PHYSICAL MINICLASS. Semoga dengan program JAZRO ROBOTIC CAMP ini, dapat membantu dalam pembangunan tahap pendidikan STEM, Robotik dan Inovasi. Terima kasih semoga kita berjumpa lagi pada program yang akan datang.
Comments