Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Semoga terus sihat dan ceria selalu. Syukur ke hadrat Ilahi, kerana masih boleh hidup segar bersama keluarga tercinta.
Aktiviti program kali ini adalah mengenai program JAZRO BENGKEL ASAS ROBOTIK yang diadakan di Jazro Robotic Academy TD1303, Kuala Terengganu pada 16 APRIL 2022 (Sabtu) dan Exploria Bandar Indera Mahkota, Kuantan pada 17 APRIL 2022 (Ahad). kami mengadakan program ini di mana kami memberi pendedahan kepada pelajar tentang cara mengenali dan mempelajari asas robot MBOT. kami akan membawa beberapa perubahan untuk memberi peluang kepada lebih ramai pelajar mempelajari pendidikan STEM, Robotik dan Inovasi.
Justeru, program ini dijalankan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai pelajaran teori dan praktikal kepada para pelajar. Selain itu, dalam program ini juga memberi pendedahan pengenalan asas iaitu pembelajaran teori iaitu jenis-jenis robot, kegunaan robot dan sebagainya.
Program ini dijalankan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar bagaimana untuk mengenali robot MBOT iaitu dari segi rupa MBOT, apakah alat elektronik yang digunakan dan fungsi setiap bahagian robot MBOT. Selain aktiviti mempelajari asas robot MBOT, program ini juga memberi tunjuk ajar kepada para pelajar bagaimana untuk memasang setiap bahagian MBOT mengikut buku panduan yang disediakan untuk memudahkan para pelajar mempelajari satu persatu bahagian pada robot MBOT.
Tahniah diucapkan kepada semua pelajar kerana berjaya menghadiri program JAZRO BENGKEL ASAS ROBOTIK. Semua peserta yang menyertai program ini diberikan sijil penyertaan sebagai tanda penghargaan. Semoga dengan program ini, dapat membantu dalam pembangunan tahap pendidikan STEM, Robotik & Inovasi. Terima kasih semoga kita berjumpa lagi pada program yang akan datang.
Comments