Cyberjaya, 28 Disember 2024 - Selepas memperkasakan lebih 50,000 pelajar dengan kemahiran dalam pengekodan, pengaturcaraan dan robotik sepanjang empat tahun operasi sejak penubuhannya, Akademi Robotik JAZRO menganjurkan hari anugerah buat julung kalinya untuk meraikan para pelajar dengan prestasi terbaik serta yang paling layak menerima pengiktirafan mengikut prestasi masing-masing.
Semasa majlis penuh berkat ini di RekaScape, Cyberjaya, 60 orang pelajar menerima pengiktirafan dan anugerah dalam kategori berbeza yang meraikan kebolehan, usaha dan kesungguhan mereka dalam menguasai kemahiran baharu. Antara anugerah yang diberikan termasuk Anugerah Bintang ORION untuk pelajar berprestasi terbaik keseluruhan, Anugerah Pelajar Paling Aktif, Anugerah Al-Jazari untuk pelajar dengan sahsiah terbaik, Anugerah Kesetiaan dan Anugerah Adik Beradik.
Acara ini juga menyaksikan perasmian lagu rasmi Akademi Robotik JAZRO serta pelancaran Program Usahawan Pendidikan Robotik JAZRO (JAZREE).
Sehingga kini, JAZRO mempunyai beberapa program untuk kategori umur berbeza dari 7 hingga 17 tahun, termasuk program Freelancer dan Technopreneur untuk melengkapkan remaja dengan pengetahuan menggunakan kemahiran mereka dalam dunia sebenar. JAZRO juga mempunyai program khusus untuk pelajar neurodiverse, JAZIN (JAZRO Inclusive Education), dengan pendidik yang berdedikasi - dilatih oleh ahli terapi pekerjaan, untuk membimbing kanak-kanak berkeperluan khas atau neurodiverse.
Dengan kemahiran yang diperolehi di JAZRO, pelajar akan lebih bersedia untuk menghadapi Industri 4.0 – revolusi teknologi yang juga dikenali sebagai Revolusi Perindustrian Keempat atau 4IR, yang dicirikan oleh penyatupaduan teknologi digital yang tidak dapat dielakkan ke dalam hampir setiap industri, yang merangkumi aplikasi kecerdasan buatan (AI), data besar, rangkaian IoT industri, robotik dan automasi.
Sebagai hab pendidikan yang berdedikasi untuk memberi inspirasi kepada generasi penginovasi masa hadapan melalui pembelajaran dan penerokaan mata pelajaran Robotik dan STEAM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik), pengasas Akademi Robotik JAZRO mendapat inspirasi daripada tokoh sejarah seperti Al-Jazari (dikenali sebagai "bapa bidang robotik" dengan ciptaan mesin kendalian sendiri yang dipanggil 'automata'), menggabungkan warisan penerokaan pengetahuan dengan teknologi canggih terkini untuk menawarkan program yang memupuk kreativiti, pemikiran kritis dan kerjasama.
Berikutan majlis penyampaian anugerah yang julung kali diadakan dan melihat ke arah masa depan, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama JAZRO, Ir Dzulfarqeish Zainuddin berharap dapat membuka lebih banyak akademi JAZRO di seluruh negara pada tahun 2025 bagi membolehkan lebih ramai belia Malaysia berpeluang mendalami bidang robotik pada titik harga mampu bayar, lantas membuka lebih banyak peluang bagi anak-anak muda ini di masa hadapan. Pada masa ini, JAZRO mempunyai akademi di Cyberjaya, Chukai, Kerteh dan Kuala Terengganu.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.jazro.com.my. Anda juga boleh menghubungi Puan Suhaida (011-63368242) atau Ir. Dzulfarqeish (012-3967242) untuk sebarang pertanyaan.
Comments