Assalamualaikum & salam sejahtera diucapkan kepada semua..semoga kekal sihat dan ceria. Syukur ke hadrat ilahi, kerana kita masih lagi dapat hidup segar disamping keluarga tercinta.
Entry kali ini adalah mengenai program bulan april diadakan pada 5/4/2022 iaitu ' OPEN DAY EL KHAWARIZMI ' di mana kami akan mengadakan taklimat berkenaan pendidikan stem , robotik dan inovasi & permainan yang santai (Fun Robotic Games) berkaitan robotik & inovasi. Program ini memberikan pendedahan kepada para pelajar mengetahui dan mempelajari tentang robot . Kami membawakan beberapa perubahan untuk memberi peluang kepada lebih ramai pelajar untuk mempelajari ilmu pendidikan stem, robotik dan inovasi . Semua pelajar boleh menyertai program seperti ini & terbuka kepada mereka yang berumur 7 hingga 16 tahun.
Kami memberikan pendedahan tentang pendidikan STEM , robotik dan inovasi . Di mana kami telah membawakan beberapa perubahan untuk memberi peluang kepada lebih ramai pelajar untuk mempelajari ilmu pendidikan STEM, Robotik dan Inovasi. Kami juga turut memperkenalkan Pertandingan robotik iaitu MakeX ialah platform pertandingan robotik yang menggalakkan pembelajaran pelbagai disiplin dalam bidang sains dan teknologi. Ia bertujuan untuk membina dunia di mana pendidikan STEM sangat dihargai dan di mana golongan kanak dan remaja bersemangat tentang inovasi dengan penglibatkan mereka dalam Pertandingan Robotik yang menarik dan mencabar .
Setelah selesai taklimat , bermulalah permainan ‘Climb Network ‘ . Kemenangan ditentukan oleh peserta yang berjaya mengharungi halangan yang bermula dari tempat mula ke tempat tamat dengan masa yang terpantas dan mematuhi peraturan ditetapkan oleh pengadil . Pertandingan ini berlansung sengit & semua peserta sangat gembira dan teruja kerana dapat belajar mengawal robot menggunakan 'Bluetooth Controller' dan bermain permainan ini .
Manakala , di Permainan ‘Score The Bee ‘ Kemenangan ditentukan oleh pelajar yang berjaya membawa objek yang berwarna kuning ke kawasan yang ditetapkan dengan masa tercepat dan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pengadil . Pertandingan ini berlansung sengit & semua peserta sangat gembira dan teruja kerana dapat belajar mengawal robot menggunakan 'Bluetooth Controller' dan bermain permainan ini .
Tahniah diucapkan kepada para pemenang kerana membawa pulang kemenangan dan juga hadiah . Semua para pelajar yang menyertai pertandingan ini turut diberikan sijil penyertaan. Semoga kita dapat berjumpa di program seterusnya . Terima kasih & salam sayang dari kami.
コメント