top of page

Millennial Inventor Outreach SMKA NAIM LILBANAT

Writer's picture: Ismail SamsuddinIsmail Samsuddin

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera diucapkan kepada semua. Syukur ke hadrat Ilahi, kerana kita masih lagi dapat hidup sihat disamping keluarga tercinta. Semoga kekal ceria & sihat insya Allah. JAZRO Robotic Academy telah merancang pelbagai aktiviti untuk beberapa perubahan yang memberi peluang kepada lebih ramai pelajar untuk mempelajari ilmu pendidikan STEM, Robotik & Inovasi di kawasan berdekatan akademi kami.



Pada kali ini, JAZRO Robotic Academy telah menjalankan satu program iaitu Millennial Inventor Outreach pada 28 September 2022 di SMKA NAIM LILBANAT. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan menyerlahkan lagi kemahiran pelajar yang menyertai program ini.


Program ini memberikan pendedahan kepada para pelajar mengetahui dan mempelajari tentang robot. Apa yang menariknya, kami membawakan beberapa perubahan untuk memberi peluang kepada lebih ramai pelajar untuk mempelajari ilmu pendidikan stem, robotik dan inovasi.


Antara yang menjadi tumpuan murid-murid ialah sesi pengenalan Pertandingan robotik iaitu MakeX. Ianya ialah platform pertandingan robotik yang menggalakkan pembelajaran pelbagai disiplin dalam bidang sains dan teknologi. Ia bertujuan untuk membina dunia di mana pendidikan STEM sangat dihargai dan di mana golongan kanak-kanak dan remaja bersemangat tentang inovasi dengan melibatkan mereka dalam Pertandingan Robotik yang menarik dan mencabar.



Tahniah diucapkan kepada SMKA NAIM LILBANAT. Semoga kita dapat berjumpa di program seterusnya. Terima kasih & salam sayang dari kami.

22 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


CONTACT US

Jazro Hotline Number: +6018-5778242

JAZRO TECHNOLOGY ROBOTICS SDN BHD

Aras 1, Lot 36, Bandar Seri Kerteh,
24300, Kemaman, Terengganu, MALAYSIA.

fb-06.png
socmed
ig-06.png

© 2025 JAZRO™ Copyright. All Rights Reserved.

Newsletter Signup

Join the JAZRO Community and stay updated with our latest news!

bottom of page