Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Semoga terus sihat dan ceria. Syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita masih boleh menghirup udara di samping keluarga tercinta.


Entry kali ini adalah mengenai program 'Girls Can Code' secara virtual. Program ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada para peserta tentang pengaturcaraan bagaimana untuk mengawal dan menguasai robot.


Apa yang menariknya, selain aktiviti mempelajari ilmu pengaturcaraan robot, program ini juga memberi pendedahan kepada para peserta tentang pelbagai 'programming languages' dalam dunia moden.


Tahniah diucapkan kepada semua peserta kerana berjaya menyertai 'Girls Can Code'. Semoga dengan program ini, dapat membantu dalam pembangunan tahap pendidikan STEM, Robotik & Inovasi. Terima kasih, semoga kita berjumpa lagi pada program yang akan datang.
Comments