Assalamualaikum & Salam sejahtera diucapkan kepada semua. Semoga sentiasa sihat dan ceria. Syukur ke hadrat Ilahi, kerana limpah kurnia-Nya, kita masih bersama keluarga tercinta bagi tahun ini. Entry kali ini adalah mengenai program demo robotik yang diadakan di Sekolah SMK Seri Dungun pada 30 Ogos 2022.
Sepanjang program ini berlangsung, terdapat beberapa aktiviti & pertandingan yang santai (Fun Robotic Games) berkaitan robotik & inovasi yang telah kami adakan. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai cara untuk mengenali dan mempelajari robot Mbot. Kami akan membawa beberapa perubahan untuk memberi peluang kepada lebih ramai pelajar untuk mempelajari ilmu pendidikan STEM, Robotik dan Inovasi.
Program ini dijalankan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar tentang asas pengaturcaraan bagaimana untuk mengawal dan menguasai robot. Apa yang menariknya, selain aktiviti mempelajari ilmu pengaturcaraan robot Mbot, program ini juga memberi pendedahan kepada para pelajar bagaimana untuk memasang kereta solar dan aktiviti Robosoccer dengan mengawal robot menggunakan Bluetooth Controller yang disediakan.
Tahniah diucapkan kepada semua pelajar kerana berjaya menghadiri program demo robotik. Semoga dengan program ini, dapat membantu dalam pembangunan tahap pendidikan STEM, Robotik & Inovasi.Terima kasih, semoga kita berjumpa lagi pada program yang akan datang.
Comments