top of page
jazroteam

CANVA FOR KIDS! BE A JUNIOR GRAPHIC DESIGNER



Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada anda semua. Semoga anda sekeluarga sihat dan ceria sentiasa. Syukur ke hadrat ilahi, kita masih dapat menikmati udara segar serta melihat keindahan alam yang dikurniakan oleh sang Pencipta.


Entri kali ini adalah mengenai ‘Canva for Kids! Be a Junior Graphic Designer’ yang telah diadakan pada 21 Mei 2022. Program ini berlangsung secara atas talian bermula pukul 3 petang hingga 5 petang. Di dalam program ini, para peserta diajar untuk menghasilkan reka bentuk dan seni digital menggunakan perisian ‘Canva’.




Pada permulaan program, pengajar menerangkan tentang perisian ‘Canva’ dan apa yang pengguna boleh hasilkan menggunakan perisian tersebut. Pelbagai contoh reka bentuk dan templat disediakan di dalam Canva, di mana ia memudahkan pengguna untuk menghasilkan atau menyunting hasil seni digital mereka tanpa perlu memikirkan untuk hasilkan reka bentuk yang baharu. Seterusnya, pengajar menunjukkan cara menggunakan ‘Canva’ serta menghasilkan satu contoh reka bentuk digital yang mudah difahami oleh peserta.




Dalam sesi seterusnya, setelah menunjukkan cara penggunaan peralatan yang tersedia di dalam Canva, para peserta diminta untuk menghasilkan reka bentuk digital bertemakan ‘Selamatkan Bumi Kita’. Setelah selesai, para peserta diminta untuk membentangkan hasil reka bentuk mereka kepada semua.







Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang menyertai ‘Canva for Kids! Be a Junior Graphic Designer’. E-sijil diberikan kepada semua yang menyertai program ini. Semoga program ini dapat memupuk minat serta menjadi seorang yang kreatif dalam menghasilkan reka bentuk dan seni digital. Terima kasih dan kita berjumpa lagi dalam program akan datang.

16 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page