top of page

Bengkel Taklimat MakeX 2020 peringkat Negeri Pahang

Writer's picture: dzul farqeishdzul farqeish

Assalamualaikum & selamat sejahtera kepada semua..Entry Blog kali ini adalah berkaitan MakeX 2020. Mesti ramai yang menantikan perkembangan mengenai MakeX 2020 ini =)



Pada 26 Februari 2020, telah berlansung Bengkel Taklimat bagi Pertandingan Robotik MakeX 2020 peringkat Negeri Pahang. Bengkel ini telah disertai lebih 200 pelajar dan guru dari seluruh negeri Pahang. Terima kasih para pelajar & para pendidik yang hadir bagi bengkel kami ini. Jom lihat gambar sepanjang bengkel ini diadakan. Kalau ada gambar yang anda kenali, boleh share kepada mereka.


Untuk pengetahuan anda, bengkel ini adalah bengkel taklimat MakeX 2020 yang pertama diadakan pada tahun 2020 ini. Pihak Telaga Biru Sdn Bhd (TBSB) juga turut hadir bagi memberikan sokongan bagi program bengkel taklimat MakeX ini. Kawasan Pantai Timur adalah kawasan yang terawal untuk dijalankan program MakeX 2020.


Ramai guru & pelajar yang bertanyakan soalan mengenai Pertandingan Robotik MakeX 2020 peringkat Kebangsaan yang akan diadakan kelak. Insya Allah pihak JAZRo selaku agen Telaga Biru (MakeX) di kawasan Pantai Timur akan membantu anda semua mengenai maklumat & perkembangan mengenai MakeX 2020.

Sesi bengkel taklimat seterusnya akan diadakan di Negeri Terengganu pada 9 Mac 2020. Kami akan memberikan makluman tentang perkara ini. Jumpa lagi di sesi akan datang. Assalamualaikum & Goodbye.





 
 
 

Commentaires


CONTACT US

Jazro Hotline Number: +6018-5778242

JAZRO TECHNOLOGY ROBOTICS SDN BHD
(SSM NUMBER: 1385569-H)

Aras 1, Lot 36, Bandar Seri Kerteh,
24300, Kemaman, Terengganu, MALAYSIA.

Newsletter Signup

Join the JAZRO Community and stay updated with our latest news!

fb-06.png
socmed
ig-06.png

© 2025 JAZRO™ Copyright. All Rights Reserved.

bottom of page