top of page
jazroteam

BENGKEL ASAS ROBOTIK DI PAKA


BENGKEL ASAS ROBOTIK - PAKA


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera diucapkan kepada semua. Semoga kekal ceria & sihat, insya Allah. Syukur ke hadrat Ilahi, kerana kita masih lagi dapat hidup segar disamping keluarga tercinta. Tanpa kita sedar bulan Ramadhan telah pun tiba. JAZRO Robotic Academy telah merancang pelbagai aktiviti untuk beberapa perubahan yang memberi peluang kepada lebih ramai pelajar untuk mempelajari ilmu pendidikan STEM, Robotik & Inovasi di kawasan berdekatan akademi kami.


Pada kali ini, JAZRO Robotic Academy telah menjalankan satu bengkel iaitu Bengkel Asas Robotik pada 2 April 2022 (Sabtu) di Astana Optometri, Paka. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan menyerlahkan lagi kemahiran pelajar yang menyertai program ini. Bengkel ini berlangsung selama 2 jam yang bermula pada pukul 2 petang sehingga 4 petang.


Pada hari Sabtu lepas, seramai 7 orang kanak-kanak telah menyertai bengkel ini. Mereka telah diberi satu aktiviti iaitu memasang robot Mbot yang dileraikan dengan mengikut kertas manual yang diberi bersama robot tersebut.



Seterusnya, kami telah menyediakan satu lagi aktiviti untuk mereka iaitu pengaturcaraan. Dalam aktiviti ini, para pelajar telah mempelajari pengaturacaraan untuk menggerakkan robot Mbot dengan menggunakan tablet yang disediakan. Aktiviti ini telah memberi peluang kepada para pelajar untuk merancang dan menyelesaikan masalah dalam pengaturcaraan. Selain itu, mereka dapat belajar bukan sahaja pengaturcaraan untuk menggerakkan robot Mbot, tapi juga pengaturacaraan untuk menyalakan lampu dan membuat bunyi.







Terima kasih dan Tahniah diucapkan kepada kanak-kanak yang berjaya menyertai program yang diadakan oleh kami, JAZRO Robotic Academy kali ini. Kami harap kanak-kanak dapat menggunakan ilmu yang dikongsi untuk kebaikan masyarakat dan negara kita. Semoga dengan program ini dapat membantu dalam pembangunan tahap pendidikan STEM, Robotik dan Inovasi. Terima kasih dan semoga kita dapat berjumpa lagi di program lain.


64 views0 comments

Comments


bottom of page