ADVANCED INTEGRATED
NILAM SYSTEM (AINS)
SISTEM PEREKODAN BAHAN BACAAN MURID DI MALAYSIA
Advance Integrated NILAM System (AINS) adalah sistem yang dibangunkan bagi memenuhi keperluan semasa murid untuk merekod bahan bacaan dari pelbagai sumber (buku/e-buku, sumber digital & bahan bukan buku) dan seiring dengan perkembangan teknologi terkini. AINS akan memberi nilai kualiti pembacaan murid berdasarkan aktiviti pengayaan menerusi penulisan dan perbincangan yang mereka lakukan. Bilangan bahan bacaan dan mata ganjaran akan dipaparkan pada carta pendahulu untuk melihat kedudukan mereka di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. AINS menyediakan profil pencapaian murid dalam program NILAM dan rekod pembacaan sehingga tamat persekolahan.
CIRI-CIRI APLIKASI
Perekodan bahan bacaan NILAM dengan menggunakan ID DELIMA murid
Perekodan bahan bacaan daripada pelbagai sumber (Buku/e-buku, sumber digital & bahan bukan buku
Paparan papan pemuka (dashboard) yang mesra pengguna
Peta jalan untuk setiap murid bagi tahap pengiktirafan (1-5 bintang)
Mempunyai ciri-ciri gamifikasi
Mata ganjaran & penebusan hadiah
Carta pendahulu diperlbagai peringkat (sekolah, daerah, negeri & kebangsaan)
Analisis bahan bacaan murid untuk rujukan guru & pihak sekolah
Versi 'offline' yang boleh diakses tanpa internet (bagi sekolah luar bandar)
Informasi ilmu, berita terkini & petikan bijak pandai
Penyediaan laporan yang mudah
Mempunyai kepintaran buatan AI untuk pengesahan paten & pola bacaan murid